Saturday, January 29, 2011

musim-musim iman

musim panas

sang suria menyinar terik. menyuntik nur buat siang yang makin panjang. teruja insan melambai perpisahan kepada kesejukan musim semalam. kain menyaluti tubuh kian singkat. pesta riang ria bagai cendawan tumbuh selepas hujan. gelak ketawa bagai tiada noktahnya. hanya kebahagian fana bersemayam di jiwa.

maksudnya: ALPA

musim luruh

rendang pohon mula kekuningan.gugur akhirnya menyebah bumi. entah apa nasibnya?? dijalan menjadi mangsa derapan kaki. atau di sungai mengalir entah ke mana penghujungnya. bayu bersuara lagi. daunan terus terpisah dari perdunya. tinggal hanya ranting sepi tiada seri.

maksudnya;TANDUS

musim salju

air semalm menaglir deras. namun kini membeku bagai tida nyawa. sapaan malm tiba lebih awal dan pertemuan kili ini lebih lama. insan lebih tega berselimut melayan lena. sunyi sepi . hanyan desiran angin menjadi halwa telinga.

maksudnya;DINGIN

musim bunga

kuntum demi kuntum bungatumbuh memekar. warna-warni menghiasi laman hijau. lebih membelai hembusan bayu membawa aroma bunga. selamat tinggal kesuraman semalam. keceriaan kali ini disulami kicauan burung dan rama-rama berterbangan. jua hilai tawa ci cilik bermain diulit kegembiraan.

maksudnya;KETENANGAN

lima cara pilih sahabat


Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabat



NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama,
pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua,
pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka n (menyebutnya) .

Ketiga,
pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat,
pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima,
sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu. Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."